[[ ALIA MOCHI ]]

HOME ABOUT MY CONTACT BIASES FOLLOW DASHBOARD

Assalamualaikum Welcome to my ordinary blog. Thanks for visit me my blog
MY STORY









© Skin by Atiqah Jaidin inspired by Myra. Image from . Do tell me if I do not credit yours.


OMO ~ korea dilanda banjir dan ribut :0
Monday, 27 August 2012 | 0 exo stan





AnnyeongHaseyo and asslamualaikum to all my chingu's , hari nie exam tension sikit , btw tadi dalam berita tv 3 tepat pada pukul 8.05 ada satu cerita yg mengemparkan fans korea ! apa dah jadi jum ikuti cerita ini :




BANJIR TERUK: Gambar yang diambil agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA, kelmarin menunjukkan rumah-rumah ditenggelami air di bandar Anju, wilayah Phyongan Selatan, akibat taufan dan hujan lebat.
- Foto AFP
1 Aug 2012
Pegawai PBB lawat Korea U tinjau banjir
ANJU (Korea Utara): Kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam, mengunjungi wilayah Korea Utara yang dilanda ribut setelah hujan lebat selama dua hari menyebabkan banjir di negara itu.
Banjir itu telah menenggelamkan bangunan, memutuskan bekalan elektrik dan memaksa rakyat Korea Utara duduk di bumbung rumah bersama binatang ternakan bagi keselamatan diri.
Hujan yang turun Ahad lalu dan kelmarin menyusuli hujan lebat awal bulan ini, yang telah menyebabkan hampir 90 orang terbunuh dan 60,000 orang kehilangan tempat tinggal.
Banjir itu berlaku setelah Korea Utara mengalami masalah kemarau teruk, menimbulkan kebimbangan baru mengenai bekalan makanan di negara yang sudah pun menghadapi masalah menyediakan makanan mencukupi bagi rakyatnya.
Dua pertiga daripada 24 juta penduduk Korea Utara menghadapi masalah kekurangan makanan, menurut laporan PBB bulan lalu, sedang negara itu meminta bantuan kemanusiaan berjumlah AS$198 juta ($246.4 juta).
Seorang penganalisis Korea Selatan, Encik Kwon Tae-jin, berkata banjir yang berlaku baru-baru ini dan tidak lama setelah kemarau dijangka memburukkan masalah bekalan makanan Korea Utara.
Kakitangan PBB yang berpangkalan di Korea Utara, telah mengunjungi wilayah Phyongan Selatan dan Kangwon bagi melihat apa bantuan yang boleh diberikan pasukan PBB kepada negara itu, kata ketua perhubungan Tabung Bantuan Darurat Kanak-Kanak PBB (Unicef) bagi kawasan Asia Timur dan Pasifik, Encik Chritopher de Bono, semalam.
Ahad lalu dan kelmarin, hujan lebat di Pyongyang dan wilayah lain, dengan kawasan pantai barat melaporkan kerosakan teruk.
Di bandar Anju, Phyongan Selatan, pihak berkuasa melaporkan 1,000 rumah dan bangunan rosak serta 2,300 hektar tanah ladang dibanjiri air.
Menurut naib pengerusi Jawatankuasa Rakyat Bandar Anju, Encik Kim Kwang Dok, ia merupakan bencana paling buruk dalam sejarah bandar itu.
Korea Utara tidak menghasilkan makanan yang mencukupi bagi rakyatnya dan bergantung kepada pembelian makanan yang terhad selain daripada derma masyarakat antarabangsa bagi mencukupkan bekalan. *pray for korea*

Source :   cyberita
Lieya signature :